SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL ADHA 1441H | 2020M
Salam Aidiladha 1441H, Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha kepada semua umat islam semoga ibadah dan pengorbanan kita dalam apa jua diterima dan diberkati Allah S.W.T. Aminnn......
Salam Aidiladha 1441H, Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha kepada semua umat islam semoga ibadah dan pengorbanan kita dalam apa jua diterima dan diberkati Allah S.W.T. Aminnn......
Persatuan Pegawai Kastam Marin Malaysia (PPKMM) mengucapkan Syabas dan Tahniah kepada YBhg. Dato Abdul Latif Bin Abdul Kadir diatas pelantikan sebagai Ketua Pengarah Kastam Malaysia
Berikutan penularan wabak Covid-19 yang semakin meningkat di Malaysia, MESYUARAT AGUNG KALI KE 10, PERSATUAN PEGAWAI KASTAM MARIN MALAYSIA yang dijadualkan berlangsung pada 27 dan 28 Mac 2020 terpaksa ditangguhkan. Begitu juga dengan Kejohanan Boling PPKMM 2020 yang dijadualkan berlangsung selepas Mesyuarat Agung kali ke 10, terpaksa ditangguhkan pada tarikh yang lain kelak. Terima Kasih.
PENANGGUHAN MESYUARAT AGUNG KALI KE-10 PERSATUAN PEGAWAI KASTAM MARIN MALAYSIA SESI 2020-2022 Adalah dengan hormatnya merujuk kepada perkara di atas. 2. Berikutan penularan wabak Covid-19 yang semakin meningkat di Malaysia, MESYUARAT AGUNG KALI KE 10, PERSATUAN PEGAWAI KASTAM MARIN MALAYSIA yang dijadualkan berlangsung pada 27 dan 28 Mac 2020 terpaksa ditangguhkan pada tarikh dan waktu [...]
Langkawi 4 Feb 2020 - PPKMM mengucapkan selamat bersara kepada PiKK 5935 En Roslan bin Othman yang bertugas di Stesen Langkawi, Kedah. Semoga sentiasa diberi perlindungan dan kesihatan berpanjangan oleh Allah SWT serta dimurahkan rezeki dan berbahagia bersama keluarga tercinta. En Roslan yang berasal dari Johor ini juga terkenal dengan gelaran Lan Kempas diraikan pada majlis [...]
Melaka 3 Feb 2020 - PPKMM Caw Negeri Melaka memberikan sumbangan khairat kematian kepada PiK(M) 11837 En Mohd Ashriq bin Sabri diatas kematian ibu mertuanya pada 6 januari 2020 serta kepada PiK(M)11247 En Hafizi bin Ab Kahar di atas kematian bapanya pada 18 januari 2020. Pemberian sumbangan khairat kematian itu telah di sempurnakan [...]
Persatuan Pegawai Kastam Marin Malaysia (PPKMM) mengucapkan TAHNIAH kepada Tn Syed Muhammad Bin Syed Salim selaku Presiden PPKMM diatas penganugerahan CERTIFICATE OF MERIT daripada World Customs Organization di majlis sambutan Hari Kastam Sedunia kali ke 38 yang diadakan di Kompleks Kastam Kelana Jaya pada 23 Januari 2020.
Persatuan Pegawai Kastam Marin Malaysia mengucapkan Selamat Menyambut hari Kastam Sedunia Ke 38 kepada seluruh warga Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan semua perkhidmatan Kastam serata dunia yang akan dilangsungkan di Kompleks Kastam Kelana Jaya pada 23 Januari 2020. "Kastam Memacu Kelestarian bagi Kemakmuran, Rakyat dan Sejagat"
Sukacita dimaklumkan bahawa Persatuan Pegawai Kastam Marin Malaysia (PPKMM) akan menerbitkan Buletin PEMACU Bil 12. Sehubungan dengan itu, kami mempelawa tuan-tuan dan puan-puan/ahli-ahli PPKMM sebagai pembaca yang berminat untuk menyumbang sebarang penulisan artikel dalam bentuk berita/aktiviti semasa, info pengurusan, kesihatan, pengetahuan umum, kerohanian, pujangga,kreatif,rencana atau sebarang isu-isu untuk disiarkan didalam Buletin PEMACU Bil 12. Sila [...]
Kolaborasi antara Akademi Kastam Malaysia (AKMAL) dan Persatuan Pegawai Kastam Marin Malaysia (PPKMM) telah berjaya menganjurkan Kursus 'Practical Shooting' yang telah berlangsung pada 17.11.2019 sehingga 21.11.2019 bertempat di Lapang Sasar Dato' Seri Subro, AKMAL, Melaka. Kursus yang melibatkan 32 orang peserta adalah dikhususkan kepada Pegawai Kastam Marin untuk meningkatkan lagi kemahiran pegawai dalam mengendalikan senjata [...]