KEAHLIAN

Persatuan Pegawai Kastam Marin Malaysia

Syarat Keahlian

1. Keahlian Persatuan ini terbuka kepada yang berumur 18 tahun keatas warga Negara Malaysia kepada Pegawai Kastam yang berkhidmat di Cawangan Marin, Jabatan Kastam Diraja Malaysia.

2. Tiap-tiap permohonan menjadi ahli hendaklah dicadangkan dan disokong oleh dua orang ahli dan dihantar kepada Setiausaha yang dikehendaki mengemukakan permohonan itu dengan secepat mungkin kepada Jawatankuasa untuk diluluskan. Jawatankuasa boleh mengikut budi bicaranya untuk menolak sebarang permohonan tanpa memberi sebab-sebabnya.

3. Tiap-tiap pemohon yang permohonannya telah diluluskan seperti yang tersebut diatas, hendaklah membayar bulanan pertama seperti yang ditetapkan diterima menjadi ahli Persatuan dan berhaklah ia sebagai ahli.

4. Seorang pelajar Universiti atau Kolej – Universiti tidak boleh diterima menjadi ahli persatuan ini kecuali ia telah dibenarkan terlebih dahulu secara bertulis oleh Naib Canselor Universiti yang berkenaan.

Bayaran Yuran dan Bayaran Lain

(1) Bayaran yuran yang perlu dijelaskan adalah seperti berikut :-
      Yuran bulanan RM 10.00 ( Ringgit Malaysia Sepuluh ).

(2) Persetujuan bayaran yuran melalui potongan gaji hendaklah dihantar kepada Bendahari terlebih dahulu dalam tempoh 7 (tujuh) hari selepas mengisi borang permohonan menjadi ahli.

(3) Bayaran yuran bulanan hendaklah dibayar secara potongan gaji dengan mendapat persetujuan ahli dan kebenaran bertulis Ketua Pengarah Kastam Malaysia.

(4) Yuran khas atau kutipan wang daripada ahli-ahli untuk perkara yang tertentu boleh dipungut dengan persetujuan mesyuarat agung ahli-ahli. Sekiranya ada ahli yang mungkir membayar wang yuran tersebut dalam tempoh yang telah ditetapkan, maka wang itu akan dianggap sama seperti
hutang yuran bulanan.  

Pemberhentian dan Pemecatan Ahli

(1) Ahli yang hendak berhenti daripada menjadi ahli Persatuan hendaklah memberi kenyataan/ notis bertulis dua minggu terlebih dahulu kepada Setiausaha dan menjelaskan segala hutang yurannya.

(2) Mana-mana ahli yang gagal mematuhi undang-undang Persatuan atau bertindak dengan cara yang akan mencemarkan nama baik persatuan boleh dipecat atau digantung keahliannya bagi suatu tempoh sebagaimana yang difikirkan munasabah oleh Jawatankuasa. Sebelum Jawatankuasa memecat atau menggantung ahli tersebut, ahli itu hendaklah diberitahu akan sebab-sebab bagi pemecatan atau penggantungannya secara bertulis. Ahli tersebut juga hendaklah diberi peluang untuk memberi penjelasan dan membela dirinya. Pemecatan atau penggantungan itu hendaklah dilaksanakan melainkan mesyuarat agung menunda atau membatalkan keputusan itu atas rayuan oleh ahli tersebut.