SEJARAH PENUBUHAN

Persatuan Pegawai Kastam Marin Malaysia

SEJARAH AWAL

     Walaupun telah tercatat dalam sejarah, Marin wujud di KDRM semenjak 1920. Sebelum tahun 70an, majoritinya Warga Marin Jabatan Kastam Diraja Malaysia  bernaung dibawah beberapa Kesatuan Sekerja antaranya Kesatuan Pekerja Laut Kerajaan, Semenanjung Malaysia dan  Kesatuan Kebangsaan Pekerja-pekerja Pejabat Kerajaan (NUGOW) dalam usaha membekalkan diri untuk menubuhkan kesatuan sendiri yang lebih memahi dan menepati citarasa anggota marin di KDRM.

Setelah itu, Kesatuan Kakitangan Laut (Marin) Jabatan Kastam Semenanjung Malaysia telah didaftarkan pada 11 December 1991. Kesatuan ini berjaya menerbitkan buletin Marin Kastam CAMAR hingga bilangan 21. Setiap anggota menerima bekalan pakaian seragam yang selesa dan mencukupi serta menerima peluang kenaikan pangkat secara beramai-ramai sehingga berlaku lebihan jawatan. Kemudian, ianya diwartakan menjadi Kesatuan Pegawai Marin Jabatan Kastam Semenanjung Malaysiaberkuatkuasa pada 13 April 1999. Jabatan KDRM menerima kewujudan Kesatuan Marin Kastam sebagai “Rakan Kongsi Bijak Jabatan” pendapat, pandangan dan cadangan diambil kira.

Pada 31 Ogos 2006, pematuhan arahan pembubaran Kesatuan Pegawai Marin Jabatan Kastam Semenanjung Malaysia dikuatkuasakan. Pembubaran ini disebabkan oleh pertembungan dua kesatuan dalam gred yang sama. Namun, hasrat untuk menubuhkan persatuan sendiri iaitu PEMACU tidak padam begitu sahaja. Segala dokumen pendaftaran diserahkan kepada pihak berwajib pada 7 September 2006. Pada 4 Januari 2007, penubuhan Persatuan Pegawai Marin Malaysia (PEMACU) mendapat restu daripada Ketua Pengarah Kastam Malaysia iaitu Y. Bhg Dato’ Sri Abdul Rahman Bin Abdul Hamid yang kemudiaannya dilantik sebagai Penaung PEMACU. 30 Julai 2007 menerima Sijil Persatuan Pegawai Kastam Marin Malaysia. Pendaftaran 1373-07 SEL. Majlis Pelancaran dan Perasmian Persatuan diadakan pada 1 September 2007. Setelah 5 tahun penubuhan, Persatuan Pegawai Kastam Marin Malaysia mendapat pengiktirafan dari Pengarah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia sebagai  pertubuhan berdaftar yang aktif dan sentiasa mematuhi peruntukan-peruntukan di bawah akta pertubuhan 1966 dan perlembagaan pertubuhan.

26 FAKTA MARIN

Kedudukan Anggota Marin Kastam Tukar Tantik :

1. Seramai 672 anggota Marin Kastam Diraja Malaysia berbagai gred diberi opsyen Tukar Lantik:

       a. Seorang Penolong Jurutera Laut Gred A29 ke jawatan Penolong Penguasa Kastam Gred W27.
       b. 32 orang anggota Serang Gred A22 ke jawatan Pembantu Penguasa Kastam W22.
       c. 27 anggota Juruinjin Gred A22 ke jawatan Pembantu Penguasa Kastam W22.
       d. 77 orang anggota Serang Gred A17 ke jawatan Pembantu Penguasa Kastam W17.
       e. 29 orang anggota Juruinjin Laut A18 ke jawatan Pembantu Penguasa Kastam W17.
       f. 507 anggota Juruinjin Laut A11/12, Jurumudi A3/4, Pembantu Juruinjin Laut Gred A1 dan Kelasi Gred  A1 ke jawatan Pembantu Penguasa Kastam Gred W17 mengikut syarat yang ditetapkan JPA.

2. Tarikh Kuatkuasa Tukar Lantik ialah 1.1.2004.

3. Jumlah perjawatan Skim Perkhidmatan Pengangkutan pelbagai gred di Jabatan Kastam ialah 912, pengisian 672.

4. Nama anggota Marin Kastam akan mengikut Skim Pembantu Penguasa Kastam.

5. Secara pentadbiran meraka akan dipanggil ‘ Pegawai Kastam Marin’.

6. Pegawai Kastam Marin diletakkan dibawah Bahagian Pencegah, Cawangan Marin.

7. Fungsi Pegawai Kastam Marin ialah mengendalikan aktiviti pencegahan di laut bagi mengawal kebocoran hasil melalui laut serta menjalankan Penguatkuasaan dibawah Akta Kastam 1967.

8. Pegawai Kastam Marin gred W 17, 22,26 akan ditempatkan di Bahagian Pencegah dimana-mana Cawangan Marin

9. Sebanyak 912 perjawatan dari Skim Perkhidmatan Pengangkutan yang ditukarlantik ke Skim Perkhidmatan Kewangan Gred W 17 dan W 22 akan dikekalkan di Bahagian Pencegah, Cawangan Marin.

10. Penempatan keluar Pegawai Kastam Marin dibenarkan apabila mereka dinaikan pangkat ke gred yang lebih tinggi dari Gred W 26 ( Penolong Penguasa Kastam Gred W 27 dan keatas).

11. Kad Kuasa Pegawai Kastam Marin sama seperti Kad Kuasa Pegawai Kastam.

12. Nombor anggota Marin sekarang akan digunakan sebagai nombor Pegawai Kastam pada Kad Kuasa.

13. Semua Pegawai Kastam Marin akan diberi Kursus Asas Perkastaman dan Kursus Pencegahan di AKMAL Langkawi.

14. Pegawai Kastam Marin wajib mengikuti Kursus TANGKAS ( Tempur Kastam, Tembak Tepat, Teknik Serbuan, Tindakan Penguatkuasaan Undang-Undang Laut /Darat).

15. Kursus TANGKAS perlu dihadiri dalam masa 2 tahun dari tarikh kursus pertama dihadiri.

16. Pegawai Kastam Marin mempunyai peluang yang sama untuk menghadiri kursus kemahiran AKMAL dan lain-lain kursus bagi perkembangan kerjaya .

17. Kursus STCW 95 akan diteruskan dan ditawarkan mengikut keperluan dan kesesuaian.

18. Pegawai Kastam Marin akan diberi elaun Pencegah apabila ditempatkan di Bahagian Pencegah , Cawangan Marin.

19. Pegawai Kastam Marin yang menerima Tukar Lantik tidak dibenarkan menuntut elaun kerja lebih masa.

20. Pegawai Kastam Marin boleh memohon elaun khas bagi Sijil Kopentensi yang dimiliki mereka tertakluk kelulusan JPA

21. Secara asas senarai tugas Pegawai Kastam Marin dibahagi kepada 3 sektor:
a) Sektor Pelaut ( dek)
b) Teknikal; rondaan kapal / bot dan bengkel
c) Pengurusan Pangkalan

22. Pegawai Kastam Marin dibekalkan pakaian seragam sama seperti Pegawai Kastam. Pakaian seragam warna putih Pegawai Kastam Marin akan dikekalkan. Pakaian kerja overall dibekalkan kepada mereka yang berkhidmat disektor teknikal.

23. Pangkat Logam Pegawai Kastam Marin adalah sama dengan pangkat Logam Pegawai Kastam.

24. Jabatan Kastam boleh mengiklankan pengambilan Skim Pembantu Penguasa Kastam dengan syarat-syarat tambahan khusus untuk jawatan Pegawai Kastam Marin

25. Jabatan Kastam boleh mengiklankan pengambilan Pembantu Penguasa Kastam untuk Cawangan Marin bersama –sama dengan iklan Pembantu Penguasa Kastam. Jawatan Kuasa Khas akan ditubuh bagi tujuan pemilihan Pegawai Kastam Marin.

26. Pengambilan atau penempatan Pembantu Penguasa Kastam Wanita boleh dipertimbangkan oleh Jabatan Kastam.

Ulasan Tan Sri Abdul Halil bin Abd. Mutalib, Ketua Pengarah Kastam Malaysia (seperti diputuskan melalui mesyurat Ibu Pejabat pada 4.1.2005 – Pengarang)
Buletin Mesra Kastam Bil. 11. Mei 2005.