Uncategorized

/Uncategorized

Penganugerahan “Certificate of Merit”

Persatuan Pegawai Kastam Marin Malaysia (PPKMM) mengucapkan TAHNIAH kepada Tn Syed Muhammad Bin Syed Salim selaku Presiden PPKMM diatas penganugerahan CERTIFICATE OF MERIT daripada World Customs Organization  di majlis sambutan Hari Kastam Sedunia kali ke 38 yang diadakan di Kompleks Kastam Kelana Jaya pada 23 Januari 2020.  

By |2020-01-25T01:30:16+00:00January 25th, 2020|Uncategorized|1 Comment

Selamat Menyambut Hari Kastam Sedunia ke 38

  Persatuan Pegawai Kastam Marin Malaysia mengucapkan Selamat Menyambut hari Kastam Sedunia Ke 38  kepada seluruh warga Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan semua perkhidmatan Kastam serata dunia yang akan dilangsungkan di Kompleks Kastam Kelana Jaya pada 23 Januari 2020. "Kastam Memacu Kelestarian bagi Kemakmuran, Rakyat dan Sejagat"

By |2020-01-25T00:47:41+00:00January 25th, 2020|Uncategorized|0 Comments

Sumbangan Artikel

Sukacita dimaklumkan bahawa Persatuan Pegawai Kastam Marin Malaysia (PPKMM) akan menerbitkan Buletin PEMACU Bil 12. Sehubungan dengan itu, kami mempelawa tuan-tuan dan puan-puan/ahli-ahli PPKMM sebagai pembaca yang berminat untuk menyumbang sebarang penulisan artikel dalam bentuk berita/aktiviti semasa, info pengurusan, kesihatan, pengetahuan umum, kerohanian, pujangga,kreatif,rencana atau sebarang isu-isu untuk disiarkan didalam Buletin PEMACU Bil 12. Sila [...]

By |2019-11-29T07:44:25+00:00November 29th, 2019|Uncategorized|0 Comments

Practical Shooting

Kolaborasi antara Akademi Kastam Malaysia (AKMAL) dan Persatuan Pegawai Kastam Marin Malaysia (PPKMM) telah berjaya menganjurkan Kursus 'Practical Shooting' yang telah berlangsung pada 17.11.2019 sehingga 21.11.2019 bertempat di Lapang Sasar Dato' Seri Subro, AKMAL, Melaka. Kursus yang melibatkan 32 orang peserta adalah dikhususkan kepada Pegawai Kastam Marin untuk meningkatkan lagi kemahiran pegawai dalam mengendalikan senjata [...]

By |2019-11-23T15:30:29+00:00November 23rd, 2019|Uncategorized|0 Comments

Bengkel Tatacara Tuntutan PRP

Sungai Pulai 20 Oktober 2019 - PPKMM dengan kerjasama Unit Latihan, Penyelidikan dan Pembangunan JKDM Johor telah berjaya menganjurkan Bengkel Tatacara Tuntutan PRP di Kompleks Penguatkuasaan Kastam Sg Pulai, Gelang Patah, Johor. Bengkel tersebut telah dihadiri oleh 30 pegawai marin dari seluruh stesen-stesen Negeri Johor. Bengkel ini dikendalikan oleh pengajar dari AKMAL Melaka iaitu Y.Bhg [...]

By |2019-10-20T10:56:52+00:00October 20th, 2019|Uncategorized|0 Comments

Perbincangan bersama DSKPK

Putrajaya 17 Oktober 2019 - Presiden PPKMM Tn Syed Muhammad Bin Syed Salim telah berjumpa dan berbincang bersama Ketua Pengarah Kastam Malaysia Y.Bhg Dato' Seri Paddy Bin Abd Halim mengenai isu semasa marin di Ibu Pejabat, Jabatan Kastam Diraja Malaysia Putrajaya. Turut serta dalam perbincangan tersebut adalah Pegawai Pemerintah Unit Marin Johor Bahru Tn Mohd [...]

By |2019-10-19T00:44:42+00:00October 19th, 2019|Uncategorized|1 Comment

Penghargaan diatas penganugerahan Pegawai Contoh

PPKMM memberi penghargaan kepada Ahlinya yang dianugerahkan sebagai pegawai contoh iaitu Abd Aziz Bin Dollah, Pegawai Kastam Kanan Marin 6874 yang berkhidmat di Stesen Marin Pengkalan Kubur Kelantan. Semoga dengan penganugerahan ini, beliau dapat terus berkhidmat dengan lebih cemerlang.TAHNIAH

By |2019-10-18T13:07:13+00:00October 16th, 2019|Uncategorized|0 Comments