Tanjung Surat, 2 Oktober 2025 – Pangkalan Marin Kastam Tanjung Surat hari ini menerima kunjungan kerja daripada Timbalan Ketua Pengarah Kastam Malaysia (Pengurusan), YBrs. Tuan Abu Bakar bin Haji Jambol bersama Pengarah Kastam Negeri Johor, Tuan Aminul Izmeer bin Mohd Sohaimi.
Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Pegawai Memerintah Pangkalan Marin Kastam Tanjung Surat, Tuan Adli Hafidz bin Mohd Pauzi serta Presiden Persatuan Pegawai Kastam Marin Malaysia (PPKMM), En. Syed Muhamad bin Syed Salim.
Lawatan ini bertujuan meninjau operasi semasa serta pelaksanaan tugasan di pangkalan, di samping mengadakan sesi perbincangan bersama pegawai dan anggota bertugas.
Sepanjang lawatan, kedua-dua pegawai kanan berkenaan telah meninjau fasiliti pangkalan dan menyampaikan amanat kepada warga kerja. Antara intipati amanat yang disampaikan termasuklah penekanan terhadap kepentingan meningkatkan keberkesanan pengurusan, memperkukuh disiplin serta mengekalkan mutu perkhidmatan bagi memastikan kelancaran operasi marin.
Lawatan ini sekaligus mencerminkan komitmen pihak pengurusan tertinggi Jabatan Kastam Diraja Malaysia dalam memperkukuhkan aspek operasi, pengurusan serta kebajikan anggota marin di lapangan.

Leave A Comment