
Langkawi 4 Feb 2020 – PPKMM mengucapkan selamat bersara kepada PiKK 5935 En Roslan bin Othman yang bertugas di Stesen Langkawi, Kedah. Semoga sentiasa diberi perlindungan dan kesihatan berpanjangan oleh Allah SWT serta dimurahkan rezeki dan berbahagia bersama keluarga tercinta. En Roslan yang berasal dari Johor ini juga terkenal dengan gelaran Lan Kempas diraikan pada majlis hari terakhirnya di pejabat kastam Penguatkuasaan Langkawi. Pada majlis yang sama pihak PPKMM Caw Kedah juga menyalurkan sumbangan khairat kematian kepada PiKK 5985 En Zulkurnain bin Busu dan PiKK 7471 En Zuraidi bin Mat Zain diatas kematian ibunya.
Leave A Comment