Pada 01 Disember 2020, PPKMM buat julung kalinya telah mengadakan mesyuarat bersama Exco dan AMKT yang dipengerusikan oleh Presiden Persatuan Tn Syed Muhammad bin Syed Salim. Mesyuarat ini dilaksanakan secara maya berikutan situasi semasa penularan kes COVID-19 yang masih tinggi dan penguatkuasaan PKPB di kebanyakan negeri belum tamat. Mesyuarat pada hari ini berjalan lancar menerusi sidang video dan melibatkan barisan exco dan amkt seramai 29 orang dari negeri seluruh Malaysia. Mesyuarat dilaksanakan secara maya ini menggunakan menerusi platform Zoom Meeting dan berjalan lancar dengan terus kekal mematuhi SOP yang ditetapkan kerajaan dalam usaha membendung wabak COVID-19.