Sungai Pulai, 22 Disember 2020 – Majlis Amanat Pengarah Kastam Negeri bersama warga Unit Marin Johor berjaya dianjurkan oleh Persatuan Pegawai Kastam Marin Malaysia. Majlis ini telah diadakan di Kompleks Penguatkuasaan Sungai Pulai.  Tujuan utama majlis diadakan adalah bagi membolehkan Pengarah Kastam Negeri Ybhg Tuan Sazali bin Mohamad menyampaikan amanatnya kepada pegawai-pegawai marin serta mendengar masalah-masalah yang dihadapi, beliau sempat meluangkan masa lebih kurang 3 jam. Majlis ini turut dihadiri oleh PKPK I Caw OPMKS, Ym Raja Abdul Aziz Bin Raja Ahmad, PKPK I Caw Siasatan Dr. Shalihen Bin Mohd Salleh, Pegawai Pemerintah PMK Sg Pulai, Tn Mohd Afzan bin Abdul Majid, Presiden PPKMM Tn Syed Muhammad bin Syed Salim sertai  semua warga kastam marin Johor Bahru serta wakil dari stesen-stesen pantai.