Alhamdullilah, segala puji bagi Allah S.W.T yang mengurniakan kesihatan yang baik kepada kita semua dari bermula Ramadan hingga 1 Syawal. Kita semua dapatΒ  menunaikan ibadat puasa serta solat sunat terawih dengan cukup sempurna walaupun kita masih lagi di dalam Perintah Kawalan Pergerakan(PKP) bagi mengawal penularan Covid-19. Kini tiba lah kita menyambut kemenangan 1 syawal, di kesempatan ini saya selaku Presiden PPKMM ingin menyusun sepuluh jari memohon kemaafan jika terdapat salah dan silap serta saya ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR BATIN kepada seluruh umat islam walau di mana jua berada khususnya kepada ahli-ahli PPKMM. Semoga Allah memberkati kita semua.Didalam kita semua berhari raya bersama ahli keluarga jangan dilupa kepada S.O.P yang telah ditetapkan oleh kerajaan bagi mengelakkan risiko dijangkiti Covid-19.

Amin Ya Rabbal A’ laminn..

Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi,
Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa,
Dalam kelembutan lidah ada keterlanjuran kata,
Dalam gurau dan senda tentu ada khilaf dan dosa,
Mohon Ampun dan Maaf di atas segalanya

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI.SEMOGA SILATURAHIM DIBERKATI ALLAH

Ingatan tulus ikhlas,

Syed Muhammad Bin Syed Salim
Presiden,
Persatuan Pegawai Kastam Marin Malaysia