Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan tahniah kepada sidang redaksi Buletin PEMACU Bil 13 yang telah berusaha dengan gigih untuk menerbitkan Buletin ini.Penerbitan Buletin Bil 13 ini adalah bertujuan untuk menyalurkan infomasi serta berita kejayaan dan penglibatan ahli-ahli Persatuan Pegawai Kastam Marin Malaysia (PPKMM) sepanjang tahun 2020. Dengan penerbitan PEMACU Bil 13 ini ia dapat menunjukkan perjalanan dan perkembangan ahli-ahli PPKMM di seluruh negara. Saya mewakili sidang redaksi Buletin PEMACU berharap dengan penerbitan Bil 13 ini dapat memberi informasi serta perkongsian kejayaan demi kejayaan yang dicapai oleh ahli-ahli PPKMM. Dikesempatan ini, saya ingin memohon maaf sekiranya terdapat kelemahan dan kekurangan dalam penerbitan Buletin ini. Saya akhiri ucapan dengan serangkap pantun…
Gelombang lautan kami redah,
Panas, hujan & embun jadi peneman,
Ceritera PEMACU kami persembah,
Marin maju terus ke hadapan
klik sini untuk paparan majalah

Leave A Comment