Sg Pulai 30 Mac 2022- Unit Marin JKDM Johor Bahru dengan kerjasama Persatuan Pegawai Kastam Marin Malaysia Caw JohorΒ telah menganjurkan satu Majlis Persaraan 2022. Majlis yang diadakan di Kompleks Penguatkuasaan Kastam Sg Pulai ini adalah bagi meraikan 2 orang pegawai kastam marin yang akan bersara pada bulan April iaitu En Abdul Razak bin Ismail (PiKT 7067) dan En Md salleh bin Noordin (PiKK 5939).
Majlis persaraan ini turut dihadiri oleh Tn Hamisan bin Kalip, Timb PKN Bahagian Penguatkuasaan JKDM Johor Bahru, Tn Dr Shalihen bin Mohd Salleh, PKPK I Caw Siasatan, Tn Muszaili bin Mustafar, PKPK II Ketua Unit Operasi Darat/laut, Tn Zainul Adnan bin Rafik, PKPK II Caw Siasatan, Tn Ahmad Syukri bin Zolkiflee, Ketua Marin Sg Pulai, Tn Syed Muhammad bin Syed Salim, Presiden PPKMM serta warga marin Sg Pulai dan Tg Surat.
Pihak PPKMM juga ingin mengucapkan penghargaan & jutaan terima kasih di atas perkhidmatan yg diberikan selama menjawat jawatan pegawai kastam marin dan semogaΒ En Abdul Razak bin Ismail dan En Md salleh bin NoordinΒ sentiasa dikurniakan kesihatan yang terbaik dalam menjalani kehidupan selepas persaraan dengan penuh kebahagiaan dan kegembiraan.

Selamat bersara kepada cif salleh ejas dan cif razak….