Selamat Hari Raya Aidil Fitri Maaf Zahir & Batin

Alhamdullilah, segala puji bagi Allah S.W.T yang mengurniakan kesihatan yang baik kepada kita semua dari bermula Ramadan hingga 1 Syawal. Kita semua dapatΒ  menunaikan ibadat puasa serta solat sunat terawih dengan cukup sempurna. Kini tiba lah kita menyambut kemenangan 1 syawal, di kesempatan ini saya selaku Presiden PPKMM ingin menyusun sepuluh jari memohon kemaafan jika terdapat salah dan silap serta saya ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR BATIN kepada seluruh umat islam walau di mana jua berada khususnya kepada ahli-ahli PPKMM. Semoga Allah memberkati kita semua.

Amin Ya Rabbal A’ laminn..

Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi,

Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa,
Dalam kelembutan lidah ada keterlanjuran kata,
Dalam gurau dan senda tentu ada khilaf dan dosa,
Mohon Ampun dan Maaf di atas segalanya

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI.SEMOGA SILATURAHIM DIBERKATI ALLAH

Ingatan tulus ikhlas,

Syed Muhammad Bin Syed Salim
Presiden,
Persatuan Pegawai Kastam Marin Malaysia

By |2022-05-02T02:55:57+00:00May 2nd, 2022|Uncategorized|2 Comments

2 Comments

  1. Din May 3, 2022 at 3:10 am - Reply

    Selamat Hari Raya…

    • moderator May 4, 2022 at 5:17 am - Reply

      selamat hari raya juga encik Din

Leave A Comment