Kuala Terengganu, 13 Julai 2025 – Persatuan Pegawai Kastam Marin Malaysia (PPKMM) telah mengadakan Mesyuarat Exco dan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (AMKT) Bil. 2/2025 bertempat di Hotel Grand Continental, Kuala Terengganu.

Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Presiden PPKMM, Tn. Syed Muhammad bin Syed Salim, dan merupakan mesyuarat kedua bagi penggal 2024–2027. Seramai 6 orang Exco, 16 orang AMKT, serta 2 orang pemerhati telah menghadiri sesi mesyuarat tersebut.

Pelbagai perkara penting berkaitan hal ehwal persatuan, termasuk aspek pentadbiran, kebajikan, dan pembangunan organisasi telah dibincangkan dan diputuskan dalam mesyuarat ini. Beberapa usul baharu turut dibentangkan sebagai inisiatif ke arah memperkasakan PPKMM serta meningkatkan kebajikan para ahli.

Mesyuarat ini mencerminkan komitmen berterusan pimpinan PPKMM dalam memastikan hala tuju dan suara ahli sentiasa diberi keutamaan demi kemajuan bersama.

Link galeri gambar —->>GAMBAR