Johor Bahru 2 Jun – PPKMM terus menghargai pengorbanan anggota-anggotanya dalam menjalankan tugas terutama yang bertugas pada hari raya aidil fitri 1440H yang bakal menjelang. PPKMM menzahirkan ucapan terima kasih dan penghargaan sebagai menghargai jasa dan pengorbanan mereka dengan pemberian kuih raya sebagai tanda ikhlas serta dapat mengubati sedikit kerinduan kepada keluarga di kampung halaman. Majlis penyerahan sumbangan kuih raya bagi anggota marin negeri Johor telah diadakan di Kompleks Penguatkuasaan Kastam Sg Pulai. Penyerahan sumbangan tersebut telah disempurnakan oleh Presiden PPKMM iaitu Tn Syed Muhammad Bin Syed Salim. Sementara itu, di Cawangan Marin Pulau Pinang Majlis penyerahan kuih raya telah di sempurnakan oleh AMKT Negeri Iaitu En. Mohd Zaini Bin Saad dan En. Rashidi Bin Ahmad 

 

 

 

Presiden PPKMM menyampaikan sumbangan kuih Hari Raya kepada Anggota Marin yang bertugas pada hari raya di Kompleks Penguatkuasaan Kastam Sg Pulai Johor.

AMKT Negeri menyampaikan Sumbangan kepada CO Marin Pulau Pinang Tn Sahiful Helmy

Penyerahan bungkusan kuih raya sumbangan PPKMM Pulau Pinang kepada anggota yang bertugas pada hari raya.

AMKT Johor en. Shahrizal Bin Mahat menyerahkan bungkusan kuih raya kepada anggota marin Tg Surat