Port Dickson 9 Jun – Penyampaian sumbangan khairat kematian daripada PPKMM kepada keluarga Allahyarham PiKK 5988 En. Badeli Zaman Bin Abu di rumahnya di Port Dickson, Negeri Sembilan. Penyampaian disempurnakan oleh Presiden PPKMM, Syed Muhammad bin Syed Salim. Allahyarham yang berumur 47 tahun itu, sebelum ini bertugas di Unit Marin Port Klang Selangor sebagai Pegawai Kastam Kanan, telah menghembuskan nafas terakhirnya dikediamannya Jalan Pantai Telok Kemang pada jam lebih kurang 4.34 petang, setelah beberapa hari mendapatkan rawatan di hospital akibat kencing manis. Semoga rohnya dicucuri rahmat tuhan yang maha Esa.