Persatuan Pegawai Kastam Marin Malaysia (PPKMM) merakamkan setinggi-tinggi ucapan syabas dan tahniah kepada YBhg. Datoβ Haji Amran bin Haji Ahmad atas pelantikan sebagai Ketua Pengarah Kastam, Jabatan Kastam Diraja Malaysia.
Seluruh barisan kepimpinan dan ahli PPKMM amat berbesar hati serta menyambut baik pelantikan ini dan yakin bahawa di bawah kepimpinan YBhg. Datoβ, Jabatan Kastam Diraja Malaysia akan terus diperkukuhkan sebagai sebuah jabatan yang cemerlang, berintegriti serta dihormati.
PPKMM juga mendoakan agar YBhg. Datoβ Haji Amran dikurniakan kekuatan, kebijaksanaan dan kejayaan dalam menggalas amanah besar ini serta terus memimpin Jabatan Kastam Diraja Malaysia dengan penuh dedikasi demi memartabatkan perkhidmatan kepada negara.
Sekalung tahniah dan selamat menjalankan tugas.

Leave A Comment