Alhamdullilah, segala puji bagi Allah S.W.T yang mengurniakan kesihatan yang baik kepada kita semua dari bermula Ramadan hingga 1 Syawal. Kini tiba lah kita menyambut kemenangan 1 syawal, di kesempatan ini saya selaku Presiden PPKMM ingin menyusun sepuluh jari memohon kemaafan jika terdapat salah dan silap serta saya ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR BATIN kepada seluruh umat islam walau di mana jua berada khususnya kepada ahli-ahli PPKMM.
Amin Ya Rabbal Aβ laminn..
Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi,
Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa,
Dalam kelembutan lidah ada keterlanjuran kata,
Dalam gurau dan senda tentu ada khilaf dan dosa,
Mohon Ampun dan Maaf di atas segalanya
SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI.SEMOGA SILATURAHIM DIBERKATI ALLAH
Ingatan tulus ikhlas
Syed Muhammad bin Syed Salim
Presiden,
Persatuan Pegawai Kastam Marin Malaysia
Leave A Comment