Sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri, Persatuan Pegawai Kastam Marin Malaysia melalui pengerusi negeri masing-masing telah menghulurkan sumbangan berupa kuih raya kepada anggota Marin Kastam yang bertugas pada hari raya di seluruh negara.

Sumbangan ini melibatkan sebanyak 30 Pangkalan Marin Kastam di seluruh negara dan diagihkan sebagai tanda penghargaan terhadap pengorbanan anggota yang tidak dapat pulang ke kampung halaman untuk berhari raya bersama keluarga kerana komitmen tugas.

Inisiatif ini bertujuan untuk menceriakan suasana Aidilfitri dalam kalangan anggota yang bertugas, di samping memberikan sokongan moral kepada mereka yang terus menjalankan amanah dan tanggungjawab demi negara.

Pihak persatuan berharap agar sumbangan ini dapat meningkatkan semangat anggota Marin Kastam untuk terus berkhidmat dengan penuh dedikasi walaupun terpaksa berjauhan daripada keluarga pada musim perayaan.

 

Screenshot

Screenshot