Putrajaya 15 Ogos 2024 – Barisan Exco dan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (AMKT) Persatuan Pegawai Kastam Marin Malaysia (PPKMM) hari ini telah melakukan Kunjungan Hormat ke atas YBhg. Dato’ Anis Rizana binti Mohd Zainudin, Ketua Pengarah Kastam di Ibu Pejabat Jabatan Kastam Diraja Malaysia Putrajaya.
Turut hadir bersama dalam kunjungan tersebut ialah YBrs. Tuan Ribuan bin Abdullah, Timbalan Ketua Pengarah Kastam(Penguatkuasaan/Pematuhan), Dato’ Aidid bin Tajuddin, Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Perkastaman/CDN), YBrs. Tuan Mohd Daud bin Mohd Arif, Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Pengurusan), YBrs. Tuan Durairarajoo A/L Muniandy, Pengarah Perancangan Korporat Ibu Pejabat, Tuan Mohd Nasir bin Mustapha, Timbalan Pengarah Kastam Caw. OMKS Ibu Pejabat, Tuan Mohd Azhan bin Saud, Penolong Kanan Pengarah Kastam I, Bhg KPSM Ibu Pejabat dan Tuan Zaidi bin Hussin, Penolong Kanan Pengarah Kastam I, Caw Integriti Ibu Pejabat.
Manakala daripada pihak PPKMM kunjungan ini telah diketuai oleh Presiden PPKMM iaitu Tuan Syed Muhammad bin Syed Salim bersama barisan Exco dan AMKT seramai 17 orang dari seluruh negara. Didalam kunjungan ini Tuan Presiden telah memperkenalkan barisan kepimpinan PPKMM sesi 2024-2026 yang baharu dilantik pada bulan mei yang lepas. Tuan Presiden mengucapkan ribuan terima kasih kepada YBhg Dato’ Ketua Pengarah kerana sanggup turun padang melihat keadaan beberapa PMK, Tuan Presiden turut mengusulkan beberapa perkara untuk perhatian dan tindakan pihak tertinggi jabatan.
YBhg Dato’ Ketua Pengarah juga mengalu-alukan kunjungan tersebut serta mengambil maklum setiap usul yang dibawa dan YBhg Dato’ memohon sokongan semua pihak sebagai satu pasukan bagi memastikan nama jabatan sentiasa terpelihara.
Tahniah dan syabas atas sesi kunjungan tersebut semoga membawa kepada faedah bersama JKDM yg kita naungi dan persatuan yg menjaga kepentingan perkhidmatan marin dan kebajikan harganya