Larkin 09 Julai 2024 – Ahli Jawatankuasa Persatuan Pegawai Kastam Marin Malaysia (PPKMM) kawasan Johor yang diketuai oleh Presiden PPKMM Tn Syed Muhammad bin Syed Salim hari ini telah melakukan kunjungan hormat ke atas YBrs. Tuan Aminul Izmeer bin Mohd Sohaimi, Pengarah Kastam Negeri Johor di Bilik Mesyuarat Bendahara, Menara Kastam Johor. Turut Serta didalam kunjungan tersebut ialah Pn Salina binti Selamat PKPK I KPSM, Tn Zul Azmi bin Mohammad Kassim PPK dan Tn Muhamad Nur Faedz bin Zainul Abidin Pak Unit Korporat.

Didalam kunjungan tersebut, Presiden PPKMM mengucapkan ribuan terima kasih di atas kesudian YBrs Tuan Pengarah meluangkan masa untuk dikunjungi, dalam pada itu tn presiden turut memperkenalkan barisan AMKT serta AJK PPKMM Kawasan Johor kepada YBrs Tuan Pengarah dan perbincangan perkara-perkara yang berkaitan dengan halatuju, isu-isu semasa yang berkaitan dengan Pegawai-Pegawai Kastam Marin Negeri Johor. Presiden turut memaklumkan dan menghargai segala usaha yang dilakukan termasuk kelulusan baik putih jeti di PMK Batu Pahat, Jeti PMK Sg Pulai, Jeti PMK Tg Surat dan PMK Mersing.

YBrs Tuan Pengarah mengucapkan ribuan terima kasih diatas kunjungan ini dan berharap agar Pegawai-Pegawai Kastam Marin diseluruh Malaysia kursusnya negeri Johor untuk terus komited di dalam menjalankan tugas-tugas menjaga sempadan perairan Negara.

Diakhir program Presiden PPKMM telah menyampaikan beberapa cenderahati dan majalah PEMACU kepada YBrs Tuan Pengarah dan bergambar kenang kenagan bersama AMKT/AJK yang hadir.