Larkin 09 Januari 2023 – Ahli Jawatankuasa Persatuan Pegawai Kastam Marin Malaysia (PPKMM) kawasan Johor yang diketuai oleh Presiden PPKMM Tn Syed Muhammad bin Syed Salim hari ini telah melakukan kunjungan hormat ke atas YBrs. Tuan Misbahudin bin Parmin, Pengarah Kastam Negeri Johor di Bilik Mesyuarat Bendahara, Menara Kastam Johor.

Didalam kunjungan tersebut, Presiden PPKMM telah memperkenalkan barisan AJK serta ahli-ahli PPKMM Kawasan Johor kepada YBrs Tuan Pengarah dan perbincangan perkara-perkara yang berkaitan dengan halatuju, isu-isu semasa yang berkaitan dengan Pegawai-Pegawai Kastam Marin Negeri Johor. YBrs Tuan Pengarah turut menyempurnakan penyampaian cenderahati kepada 5 orang pegawai kastam marin yang baharu dinaikan pangkat WK22 dan WK26 hakiki.

YBrs Tuan Pengarah mengucapkan ribuan terima kasih diatas kunjungan ini dan berharap agar Pegawai-Pegawai Kastam Marin diseluruh Malaysia kursusnya negeri Johor untuk terus komited di dalam menjalankan tugas-tugas menjaga sempadan perairan Negara.