Kota Kinabalu 7 Nov 2022 โ€“ Tn Syed Muhammad bin Syed Salim, Presiden PPKMM serta barisan Exco nya telah mengadakan lawatan kerja dan kunjungan hormat ke Kota Kinabalu, Sabah. Didalam siri lawatan ini, Tn Presiden serta Exco telah berkunjung ke Menara Kastam Sabah. Kunjungan ini telah dipengerusikan oleh Tn Habib Mohd Fairuz bin Habib Mohd Yussof, Penolong Kanan Pengarah Kastam I WK52 Ketua Bahagian Khidmat Pengurusan Manusia (KPSM) yang mewakili Penolong Ketua Pengarah Kastam Zon Sabah. Didalam kunjungan ini, pihak PPKMM telah menyampaikan beberapa cadangan penambahbaikan Marin Kota Kinabalu, Sabah kepada pihak Pengurusan tertinggi di Sabah.

Pada Sesi kedua, satu kunjungan hormat ke atas Pegawai Memerintah PMK Kota Kinabalu, Sabah Tn Norhan Edini, Penolong Kanan Pengarah Kastam II WK48 serta warga Kastam Marin Kota Kinabalu. Didalam Kunjungan ini satu sesi perbincangan telah diadakan bagi membincangkan mengenai permasalah serta penambahbaikan berkaitan kerjaya, Sasaran KPI, Logistik serta membantu menyelesaikan segala masalah melalui pandangan serta idea kedua-dua belah pihak. Pihak PPKMM juga dibawa melawat Jeti yang menempatkan asset-asset marin.

Pada sesi terakhir kunjungan, barisan PPKMM serta pengerusi Sabah membuat kunjungan hormat ke atas Pejabat Ketua Menteri Sabah bersama wakil Ketua Setiusaha Sabah. Didalam kunjungan ini telah dibincangkan mengenai aktiviti pergerakan Majalah Pemacu di negeri Sabah yang telah terhenti hampir 8 tahun. Segala dokumen yang berkaitan telah diserahkan dan mendapat respon dan Kerjasama yang baik didalam perbincangan 2 hala ini oleh pegawai-pegawai Jabatan Ketua Menteri Sabah. Diakhir kunjungan ini, pihak PPKMM telah menyampaikan cenderahari kenangan.