JAKARTA,5 OGOS 2024- Persatuan Pegawai Marin Kastam Malaysia (PPKMM) telah melakukan kunjungan hormat kepada TYT Duta Besar Malaysia ke Jakarta dan Penasihat Kedutaan (Kastam) Jakarta.

Kunjungan kerja ini telah disertai oleh 27 orang Majlis Kerja Tertinggi PPKMM yang diketuai oleh Tuan Syed Muhammad bin Syed Salim, Presiden PPKMM. Dalam kunjungan selama 1 jam ini, Presiden PPKMM menzahirkan keterujaannya dapat melakukan kunjungan hormat ke Kedutaan Besar Malaysia Jakarta. Dalam ucapannya, Tn Syed Muhammad menyatakan bahawa ini kali pertama kunjungan hormat dilakukan oleh Persatuan di luar negara.

TYT Dato Syed Mohd Hasrin Tengku Hussin, Duta Besar Malaysia ke Jakarta dalam ucapannya turut mengucapkan terima kasih atas kunjungan dari PPKMM dan beliau mengucapkan terima kasih atas peranan JKDM dalam membangunkan ekonomi dan mengawal sempadan negara . TYT Dato’ Syed Hasrin turut mengucapkan tahniah kepada JKDM yang mencapai sasaran kutipan cukai pada tahun 2023.

Seterusnya, kunjungan hormat dilakukan di pejabat Penasihat Kedutaan (Kastam) di mana PPKMM menyampaikan hasrat agar Penasihat (Kastam) dapat menghubungkan Kastam Marin Indonesia dengan Kastam Marin Malaysia. Tuan Ahmad Talib menyatakan komitmennya untuk memastikan hubungan dua hala antara Kastam Marin Malaysia dan Kastam Marin Indonesia akan terus berkolaboratif pada masa hadapan.