JOHOR BAHRU: Persatuan Pegawai Kastam Marin Malaysia (PPKMM) buat julung kali nya berjaya menganjurkan kejohanan futsal bertempat di Gelanggang Sport Prima Johor Bahru pada 27 Oktober 2018. Kejohanan yang pertama kali diadakan itu  berlangsung meriah dan telah berjaya menarik minat penyertaan daripada ahli-ahlinya dari seluruh Negara. Sebanyak 14 pasukan Unit Marin JKDM iaitu Pasukan Unit Marin Johor, Unit Marin Melaka, Unit Marin Negeri Sembilan, Unit Marin Selangor, Unit Marin Perak, Unit Marin Kedah, Unit Marin Pulau Pinang, Unit Marin Perlis, Unit Marin Pahang, Unit Marin Terengganu, Unit Marin Sabah dan Unit Marin Sarawak telah berkumpul bagi menjayakan kejohanan ini yang bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturrahim dan ikatan kekeluargaan di antara ahli-ahli PPKMM.

Pada kejohanan tersebut hadiah yang ditawarkan kepada pasukan yang bergelar juara ialah wang tunai sebanyak RM3,000.00 beserta piala pusingan dan pingat. Manakala pasukan naib juara hadiah yang ditawarkan ialah wang tunai RM2,000.00 beserta piala pusingan dan pingat serta pasukan tempat ketiga hadiah yang ditawarkan ialah wang tunai sebanyak RM1,000.00 berserta piala pusingan dan pingat. Semua pasukan yang bertanding ditawarkan hadiah saguhati sebagai kenang-kenangan.

Dalam perlawanan tersebut Pasukan dari Unit Marin Sarawak telah berjaya dinobatkan sebagai juara setelah berjaya mengalahkan pasukan dari Unit Marin Sabah pada perlawanan akhir yang ditentukan melalui tendangan penalti. Manakala pasukan dari Unit Marin Terengganu berjaya menduduki tempat ketiga setelah memenangi perlawanan penentuan tempat ketiga dan keempat selepas menewaskan pasukan Unit Marin Selangor. Pemain dari pasukan Unit Marin Terengganu iaitu Saiful Azri Bin Saleh telah dipilih sebagai pemain terbaik kejohanan manakala penjaga gol dari pasukan Unit Marin Sarawak dipilih sebagai penjaga gol terbaik kejohanan. Masing-masing membawa hadiah yang ditawarkan oleh penaja.

Majlis perasmian dan penyampaian hadiah telah di sempurnakan oleh Pengarah Kastam Negeri Johor iaitu Y.Bhg. Dato’ Mohammad Hamiddan Bin Maryani. Turut hadir memberi sokongan di majlis tersebut ialah Timb. PKN Bahagian penguatkuasaaan Tuan Mohd Noor Bin Hasan, PKPK Y.M Tn Raja Abdul Aziz Bin Raja Ahmad dan Tn Zainul’ Adnan Bin Mohd Rafek.