Johor Bahru, 04 Mei 2024 – Mesyuarat Agung Dwi Tahunan Kali ke 12 dan Pemilihan Ahli Majlis Kerja Tertinggi Persatuan Pegawai Kastam Marin Malaysia (PPKMM) bagi sesi 2024-2026 telah berlangsung dengan jayanya di Hotel New York Johor Bahru. Mesyuarat pada kali ini telah dihadiri seramai 70 orang perwakilan dan pemerhati dari seluruh negara bagi mewakili negeri masing-masing. Antara agenda mesyuarat agung ini termasuklah pembentangan dan pengesahan minit mesyuarat, pembentangan laporan kewangan, Pembubaran Jawatankuasa sesi 2022-2024 dan seterusnya pelantikan Ahli Jawatankuasa baharu bagi sesi 2024-2026 serta pembentangan usul-usul baharu.

Pada malam sebelum itu, telah diadakan satu Majlis Makan Malam dan Sambutan Hari Raya Aidil Fitri bersama Exco dan AMKT serta ahli-ahli yang hadir di hotel yang sama, Pada majlis tersebut juga telah diadakan majlis penyampaikan sijil penghargaan kepada Exco dan AMKT sesi yang lepas bagi menghargai segala jasa dan budi yang telah dicurahkan sepanjang tahun 2022-2024. Disamping itu turut dimeriahkan dengan acara cabutan bertuah bagi menghargai ahli yang hadir pada malam tersebut.

Tahniah kepada yang telah terpilih dan semoga dapat mengalas amanah dan tanggungjawab yang telah diberikan demi memartabatkan ahli-ahlinya dibawah pasukan Unit Marin untuk bekerja lebih cemerlang bagi meningkatkan prestasi kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia kursusnya.

 

 

Berikut adalah senarai Exco dan AMKT bagi sesi 2024-2026.

 

Presiden

Tn Syed Muhammad bin Syed Salim

Timb Presiden

En. Zulkifle bin Sulaiman

Naib Presiden 1 (Borneo)

Tn Hj Jumat bin Kimsin

Naib Presiden 2 (Semenanjung)

En.Fairus bin Hassan

Setiusaha Agung

En.Norarnizam bin Arshad

Penolong Setiusaha Agung

En. Adnan bin Abu Hassan

Bendahari Agung

En. Ahmad Razis bin Izar

Ahli Majlis Kerja Tertinggi

Negeri Perlis

En. Shahrul Nahar bin Ibrahim

Negeri Kedah

En. Azham bin Mohd Saad

En. Mohd Fadly bin Johari

Negeri Pulau Pinang

En. Akhbar bin Mohamad

En. Mohd Zaki bin Awang Kechil

Negeri Perak
En. Kamaruisah bin Mohamed Yusoff

Negeri Selangor
En. Ridzuan bin Khamis

En. Mohd Faizal bin Najib

En. Mohd Naszeri bin Sapuan

Negeri Sarawak

En. Roselan bin Zailani

Wilayah Persekutuan Labuan

En. Tom Junior Thomas

Negeri Sabah

En. Jaidi bin Pannusu

Negeri Melaka

En. Anizan bin Osman

Negeri Terengganu

En. Syawal bin Safril

Negeri Kelantan

En. Abdul Aziz bin Dollah

Negeri Pahang

En. Abdul Razak bin Sairi

Negeri Johor

En. Mohd Ali bin Abdullah

En. Mohd Razif bin Adam  ( Sg Rengit)

En. Ahmad Roslee bin Khalil  (Batu Pahat)

En. Sharizal bin Mahat (Tg Surat)

En. Wan Hazwan bin Wan Ismail  (Mersing)

En. Abdul Halim Bin Suleiman (Muar)

Pemegang Amanah
En. Mohd Taufik bin Romli

 

Ketua Editor PEMACU

Tuan Mohamad Mahizam bin Md Isa

Penolong Ketua Editor PEMACU
En. Muhammad Suhaib bin Abd Raffar

 

Link ke Gallery Gambar

Makan Malam/Sambutan Hari Raya : https://drive.google.com/drive/folders/1fUJHV6QJiXsoKaOSy04_eCXFvTd9d6Ix?usp=sharing

Mesyuarat Agung ke 12 : https://drive.google.com/drive/folders/1ZA–NcQkdXd7eiZa2TjnfSF80u2zJtjE?usp=sharing