Kuala Lumpur, 11 Februari 2023 : Satu Mesyuarat Ahli Majlis Kerja Tertinggi(AMKT) Persatuan Pegawai Kastam Marin Malaysia (PPKMM) bil 2/2022-2024 telah diadakan di Tamu Hotel & Suite Kuala Lumpur. Pada mesyuarat tersebut seramai 20 orang Ahli Majlis Kerja Tertinggi dan Exco telah hadir. Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh Presiden PPKMM Tn Syed Muhammad bin Syed Salim. Beberapa isu dan cadangan telah dibincangkan dan akan dibawa ke peringkat Ibu Pejabat.

Pada malam sebelum itu, telah diadakan satu majlis makan malam bersama Exco dan AMKT di hotel yang sama, turut diadakan satu majlis simbolik penyerahan tugas bendahari Pn Rashidah kepada bendahari yang baru iaitu En Ahmad Razis bin Izar.

Berikut adalah pautan album gambar bagi acara berikut:

1)Makan Malam :https://m5.gs/R1haeE
2)Mesyuarat Exco & Amkt bil 2 : https://m5.gs/S1ZKVn