Kuala Lumpur, 22 Jun 2024 : Satu Mesyuarat Exco dan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (AMKT) Persatuan Pegawai Kastam Marin Malaysia (PPKMM) bil 1/2024 telah diadakan di Hotel Corus Kuala Lumpur. Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh Presiden PPKMM iaitu Tn Syed Muhammad bin Syed Salim, mesyuarat ini telah dihadiri seramai 6 orang exco dan 15 orang AMKT serta 3 pemerhati. Ini merupakan mesyuarat pertama kali diadakan setelah dilantik menerusi mesyuarat agung tempoh hari untuk sessi 2024-2026. Terdapat beberapa perkara dibincangkan serta diputuskan didalam mesyuarat tersebut.