MUAR 25 Januari 2021 – Satu mesyuarat khas sempena persediaan untuk menganjurkan WEBINAR Unit Marin telah diadakan di Bilik Mesyuarat Cawangan Penguatkuasaan JKDM Muar. Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh Tn Abdul Rasyiddi bin Ab Drahman PKPK II OMKS, turut hadir Tn Syed Muhammad bin Syed Salim Presiden PPKMM, En Mat Rani bin Kamat Wakil Ketua Stesen Muar. Pada mesyuarat tersebut telah dibincangkan beberapa perkara serta agihan tugas-tugas bagi menjayakan program WEBINAR yang akan diadakan kelak.

Β Β