Mesyuarat Agung Dwi Tahunan ke 9 dan pemilihan Ahli Majlis Kerja Tertinggi sessi 2018-2020 telah diadakan di
Johor bahru. Mesyuarat tersebut telah diadakan di Hotel New York Pada 30-31 Mac 2018. Seramai lebih 50
perwakilan dari seluruh pelusuk tanah air telah hadir pada mesyuarat tersebut.
Persidangan yang berlangsung selama 2 hari itu, telah dirasmikan oleh Timbalan Pengarah Kastam Negeri
Bahagian Pematuhan Tuan Sazali Bin Mohamad pada majlis makan malam. Turut hadir pada majlis tersebut
ialah Penolong Kanan Pengarah Kastam Y.M Raja Abdul Aziz Bin Raja Ahmad dan Tuan Zainol Adnan Bin Mohd
Rafek.
Pada pemilihan kali ini, telah berlaku perubahan besar pada tampuk kepimpinan tertinggi dimana Presiden telah
bertukar tangan. Tuan Syed Muhammad bin Syed Salim telah diangkat menjadi Presiden yang baharu bagi penggal ke 9 ni. Seramai 7 exco tertinggi dan 21 ahli majlis kerja tertinggi telah di lantik dan diberi amanah bagi
mewakili suara setiap ahli diseluruh negara
Leave A Comment