Lumut, 28 Feb 2023 – Pengerusi Kawasan Perak PiKT 6416 Encik Kamaruisah bin Md Yusof telah melawat dan menyampaikan sedikit sumbangan daripada PPKMM bagi meringankan beban kepada seorang pesara marin iaitu En Jaudi Bin Mohd Nor dirumahnya di Teluk Intan, Perak. Beliau telah berusia 69 tahun dan mengalami penyakit parkinson pernah berkhidmat sebagai pegawai kastam marin kanan di PMK Lumut dan Penang. Diharapkan beliau dipermudahkan segala urusan.