Ho Chi Minh, Vietnam, 8 September 2025 β Persatuan Pegawai Kastam Marin Malaysia (PPKMM) telah menganjurkan Lawatan Sosial ke Ho Chi Minh, Vietnam pada 5 hingga 8 September 2025 dengan penyertaan seramai 26 orang.
Lawatan ini diketuai oleh Presiden PPKMM, Tn. Syed Muhammad bin Syed Salim, bersama barisan Exco, Ahli Majlis Kerja Tertinggi (AMKT) serta beberapa orang ahli persatuan. Program ini merupakan sebahagian daripada usaha PPKMM untuk memperkukuhkan hubungan silaturahim dan kerjasama dalam kalangan ahli persatuan.
Sepanjang berada di Ho Chi Minh, rombongan berpeluang melawat beberapa lokasi bersejarah dan destinasi pelancongan utama. Selain aktiviti santai, perbincangan santai berkaitan hala tuju dan pengukuhan persatuan turut diadakan, sekali gus memberikan nilai tambah kepada lawatan ini.
Presiden PPKMM, Tn. Syed Muhammad bin Syed Salim, dalam ucapannya menyatakan bahawa lawatan ini bukan sahaja memperkukuhkan ukhuwah dalam kalangan ahli, malah membuka ruang bagi memperluaskan pengalaman serta pemikiran warga persatuan.
βProgram seperti ini penting untuk membina kekuatan dalaman persatuan melalui hubungan yang erat dan semangat kebersamaan. Ia juga memberi peluang kepada ahli untuk berkongsi pandangan dan idea dalam suasana yang lebih santai,β katanya.
Secara keseluruhannya, lawatan sosial ini dianggap berjaya mencapai objektif yang digariskan. PPKMM berhasrat untuk terus menganjurkan program seumpama ini pada masa akan datang bagi memastikan ahli sentiasa berada dalam jaringan kerjasama yang kukuh serta berdaya saing.











Leave A Comment