Sg Pulai, 26 April 2022- Persatuan Pegawai Kastam Marin Malaysia (PPKMM) Caw. Negeri Johor telah berjaya menganjurkan Program Memasak dan Agihan Bubur Lambuk di Jeti Pangkalan Marin Kastam Kompleks Penguatkuasaan Kastam Sg Pulai Johor.

Saban tahun aktiviti memasak bubur lambuk ini dijalankan sempena bulan Ramadan Al Mubarak bagi mengeratkan ukhuwah di kalangan pegawa-pegawai dan ahli-ahli PPKMM Negeri Johor.

Turut sama hadir di majlis ini ialah Timb. Pengarah Kastam Negeri Bhg Penguatkuasaan Tn Hamisan bin Kalip, PKPK I Caw Siasatanย Dr. Shalihen bin Mohd Salleh, PKPK I OPMKS YM Raja Abdul Aziz bin Raja Ahmad, Presiden PPKMM Tn Syed Muhammad bin Syed Salim, Pengerusi PPKMM Caw Johor En Mohd Ali bin Abdullah dan pegawai-pegawai serta ahli-ahli PPKMM yang bertugas di Kompleks Penguatkuasaan Kastam Sg Pulai Johor ini.

Sejumlah lebih 400 bungkus bubur lambuk habis diedarkan kepada semua kakitangan kompleks Penguatkuasaan Kastam Sg Pulai dan penduduk sekitar.ย