Sg Pulai, 2 Mei 2021- Persatuan Pegawai Kastam Marin Malaysia Caw. Negeri Johor telah berjaya menganjurkan Program Memasak & Agihan Bubur Lambuk di Jeti Marin Kompleks Penguatkuasaan Kastam Sg Pulai Johor.
Aktiviti memasak bubur lambuk merupakan aktiviti tahunan disini bagi menyambut bulan Ramadhan Al Mubarak 1442H dan juga bertujuan bagi mengeratkan lagi hubungan silaturrahim serta memupuk semangat bekerjasama dikalangan ahli-ahli PPKMM negeri Johor.
Turut hadir di majlis ini ialah Timb. Pengarah Kastam Bah Penguatkuasaan Tn Hamisan bin Kalip, PKPK I Caw SiasatanΒ Dr. Shalihen bin Mohd Salleh, PKPK I OPMKS YM Raja Abdul Aziz bin Raja Ahmad, Presiden PPKMM Tn Syed Muhammad bin Syed Salim, Pengerusi PPKMM Caw Johor En Mohd Ali bin Abdullah dan pegawai-pegawai serta ahli-ahli PPKMM yang bertugas di Kompleks ini.
Sejumlah lebih 300 bungkus bubur lambuk habis diedarkan kepada semua kakitangan kompleks Penguatkuasaan Kastam Sg Pulai.Β










Leave A Comment