Pulau Pinang 27 Mei 2019 – Program memasak bubur lambuk telah berjaya dianjurkan oleh Persatuan Pegawai Kastam Marin Malaysia Pulau Pinang di Pangkalan Dato Seri Zulkifli Yahya. Program ini diadakan sempena menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak 1440H. Program memasak ini turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran Pengarah Kastam Negeri Pulau Pinang YBhg. Dato’ Saidi Bin Ismail. Sebanyak 200 bekas bubur lambuk dapat disediakan untuk diagihkan kepada pegawai-pegawai kastam di Wisma Kastam dan Kompleks Pencegah yang bermula jam 4.00 petang.








Leave A Comment