Sg Udang 10 Januari 2023 – Ahli PPKMM Kawasan Melaka telah meluangkan masa menyantuni pesara marin PiK 2678 Encik Abdullah bin Sarif di teratak beliau di Sg Udang Melaka. Beliau merupakan pegawai marin yang telah berkhidmat sejak tahun 1973 di PMK Port Klang kemudian di PMK Langkawi dan terakhir sebelum bersara beliau sempat berkhidmat di PMK Melaka. Encik Abdullah bin Sarif semasa dalam perkhidmatan sangat aktif bersama Kesatuan & PPKMM. Sejak 2022 tahap kesihatannya agak terganggu dan disahkan mengalami masalah cancer usus. Diharapkan agar beliau tabah menghadapi dugaan kesihatan tersebut.