Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Sukacita dimaklumkan bahawa Persatuan Pegawai Kastam Marin Malaysia (PPKMM) akan menerbitkan Buletin PEMACU Bil 16/2023. Sehubungan dengan itu, sidang redaksi ingin mempelawa tuan-tuan dan puan-puan sebagai ahli PPKMM yang berminat untuk menyumbang sebarang penulisan artikel dalam bentuk berita/aktiviti semasa, info pengurusan, kesihatan, pengetahuan umum, kerohanian, pujangga, kreatif, rencana atau sebarang isu-isu untuk disiarkan didalam Buletin PEMACU Bil 16 nanti. Sila hantarkan penulisan anda kepada kami —> pe_macu@yahoo.com atau suhaib12177@gmail.com selewat-lewatnya 01/06/2023. Artikel yang terpilih akan menerima saguhati.
Sekian terima kasih