KLANG- PPKMM Caw Negeri Selangor yang diwakili oleh Pengerusinya En Ridzuan bin Khamis dan En Mohd Faizal bin Najib telah menyampaikan sumbangan kerusi roda kepada isteri bekas anggota marin kastam Stesen Port Klang, Selangor (PiKK 2504 Encik Ahmad Lotpi). Isterinya iaitu Pn Rukia bt Mispan, 67  thn ialah pesara jururawat di Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang telah disahkan mengidap penyakit lutut / urat saraf (Orthopaedic) dan akan menjalankan rawatan susulan mengikut keperluan. Diharapkan agar beliau kuat dan tabah untuk menempuh ujian yag diterima dan semoga urusan perubatan dipermudahkan dan diberi kesembuhan. Insyallah…