Pulau Pinang 29 Julai 2023 – Persatuan Pegawai Kastam Marin Malaysia (PPKMM) telah berjaya menganjurkan Kejohanan Tenpin Bowling Tertutup Berpasukan diantara ahli-ahli PPKMM dari seluruh semenanjung Malaysia sempena Program Senergi Kecemerlangan Marin 2023. Kejohanan tersebut telah diadakan di Penang Bowl, Pulau Pinang. Pertandingan bermula pada pukul 9 pagi dan telah dirasmikan oleh YBhg. Tn Ribuan bin Abdullah, Penolong Ketua Pengarah Kastam (Penguatkuasaan). Seramai 70 orang ahli PPKMM dan beberapa orang pegawai kanan yang dijemput telah menyertai pertandingan tersebut. Turut hadir memeriahkan kejohanan tersebut ialah Ybrs. Tn Rohaizad bin Ali, Timb PKN Bah Penguatkuasaan Negeri Pulau Pinang, Tn Hasri bin Had, PKPK I Caw OPMKS Ibu Pejabat, Tn Abdul Rasyiddi bin Ab Drahman, PKPK II Caw OPMKS Ibu pejabat, Tn Ahmad bin Talib, PKPK II Caw Hal Ehwal Antarabangsa (Atase) Jakarta, Tn Mohamad Mahizam bin Md Isa, PKPK II Ketua Unit Operasi  Marin Port Klang, Tn Sahiful Helmy bin Rozali, Pegawai memerintah PMK Weld Quay, P.Pinang dan Tn Abdul Fatah bin Muzammil, Pegawai Memerintah PMK Sg Pulai .Kejohanan tersebut diadakan bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara ahli-ahli PPKMM diseluruh semenanjung. Kejohanan ini berakhir pada jam 12 Tengahari diakhiri dengan sesi penyampaian hadiah kepada setiap pasukan, sesi bergambar dan jamuan makan tengahari.

 

Klik sini untuk galeri gambar