Pada 08 Ogos 2018 bertempat di Dewan Auditorium JKDM Kuala Lumpur telah berlangsung Simposium
Kastam Marin Se- Malaysia yang dihadiri oleh warga Kastam Marin di seluruh Malaysia. Kertas kerja
pembentangan tersebut dibentangkan oleh pelbagai wakil dari pelbagai agensi antaranya Polis Marin,
Jabatan Imigresen , Suruhanjaya Pencegahan Rasuah dan juga wakil dari Jabatan Kastam Di Raja
Malaysia, Tn Zahuren Bin Teh. Antara intipati ucapan Ketua Pengarah Kastam, Dato’ Sri Subromaniam
Tholasy:-


Pihak Ibu Pejabat telah meluluskan pentadbiran mengikut Zon dan senarai Pengurusan Tertinggi Zon Sabah/ Labuan akan dikeluarkan secepat mungkin. Pihak Ibu Pejabat juga telah mengemukakan permohonan 40 unit bot baru bagi menggantikan bot yang telah lama kepada Kementerian Kewangan.

Dato’ Seri juga mengingatkan semua anggota agar meningkatkan Perolehan Kes Atipsom kerana setakat ini hanya mencapai 10 kes sahaja dan KPI untuk Kes Atipsom adalah sebanyak 73 kes dalam Malaysia.

Rang Undang Undang Cukai Jualan Dan Perkhidmatan 2.0 telah diluluskan oleh Dewan Rakyat dan menunggu kelulusan Dewan Negara.

Pegawai pegawai kastam marin sentiasa dipertimbangkan untuk kenaikkan pangkat dan pada masa yang sama perlu meningkatkan kemahiran dan pengetahuan dalam bidang perkastaman.

Pencapaian KPI pada tahun ini amat memberangsangkan dan, masih ada ruang penambahbaikkan serta tingkatkan iltizam bagi mencapai perolehan kes.

Kursus Siasatan untuk unit Marin akan diadakan bagi WK19 dan secara tidak langsung dapat meningkatkan kemahiran pegawai dalam mengendalikan perolehan kes.

Kursus kemahiran pengendalian bot seperti Mate Domestik dan Engineer Officer akan diteruskan kerana kursus ini amatperlu.

Kursus Basic Training bagi pegawai baru akan diteruskan bagi meningkatkan kemahiran dan ilmu kelautan.
Ketua Pengarah mencadangkan agar bot bot diletakkan di stesen stesen mengikut keperluan dan keadaan geografi stesen.