Johor Bahru, 18 Oktober 2023- Majlis Perasmiaan Pembukaan Operasi Patroli Terkoordinasi Kastam Indonesia dan Malaysia (PATKOR KASTIMA), Bilangan 27A, Tahun 2023 telah berlangsung dengan jaya nya di Titik Pertemuan (Rendezvous Point), Perairan Karimun Anak โ€“ Kukup Johor (Sempadan Perairan Malaysia โ€“ Indonesia).

Majlis perasmian ini telah disempurnakan oleh Bapak Askolani, Direktur Jenderal Bea dan Cukai (DJBC), Republik Indonesia dan disaksikan oleh YBhg. Datoโ€™ Anis Rizana Binti Mohd Zainudin @ Mohd Zainuddin, Ketua Pengarah Kastam Malaysia di atas Kapal BC 600001. Turut hadir ke majlis tersebut adalah YBhg. Datoโ€™ Sazali Bin Mohamad, Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Penguatkuasaan/Pematuhan), YBrs. Tuan Ribuan Bin Abdullah, Penolong Ketua Pengarah Kastam (Penguatkuasaan) dan YBrs. Tuan Shaharudin Bin Abd Majid, MTT Pengarah Kastam Negeri Johor.

Usaha strategik dan kolaborasi hala tuju operasi bersama yang berkesan melibatkan agensi kedua-dua negara merupakan pentas kerjasama utama dalam menangani jenayah penyeludupan rentas sempadan dan penguatkuasaan yang berterusan yang jelas mendatangkan impak positif kepada kedua-dua negara jiran tetangga.

Persatuan Pegawai Kastam Marin Malaysia (PPKMM) ingin mengucapkan selamat beroperasi kepada semua ahli-ahli PPKMM, semoga perjalanan operasi berjalan lancar dan memberikan inpak yang positif didalam menjaga perairan negara ini.